KUCHING, 20 Nov – CEMAR DULI…… Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mencemar duli memeriahkan penganjuran Regatta Sarawak ke-145 apabila menyertai acara perlumbaan.

Bidar yang didayung oleh baginda serta 19 lagi pendayung lelaki, memenangi perlumbaan itu.

Sultan Hassanal Bolkiah dan pasukannya ‘Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei’ bersaing dengan enam pasukan lain.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut menyertai pertandingan dalam pasukan ‘Ketua Menteri Sarawak’ dalam kategori orang kenamaan yang julung kali diadakan itu di Tebingan Sungai Kuching, petang semalam.

Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud melakukan pelepasan perlumbaan itu.

Perlumbaan perahu panjang atau bidar diperkenalkan sejak era pemerintah Rajah Brooke pada tahun 1872 bagi memupuk semangat setia kawan dan menghentikan persengketaan antara suku kaum di negeri ini ketika itu. – WD MY