JOHOR BAHRU, 24 Jun – Mencemar Duli…….Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke majlis santapan berbuka puasa bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor. 

Sultan Ibrahim yang tiba di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada jam 6.30 petang itu turut diiringi Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar. 

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Datuk Nur Jazlan; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd.  

Turut diadakan majlis pengurniaan sumbangan yang disempurnakan Raja Zarith kepada 35 anak yatim, 25 pesara polis dan 40 balu anggota dan pegawai polis. 

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian tazkirah oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut.  Selesai santapan berbuka, Sultan Ibrahim kemudian bersama jemaah menyempurnakan solat Maghrib secara berjemaah. – WD MY

LEAVE A REPLY