MUAR, 4 Jan – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengejutkan pelanggan di Restoran Al Ziya Fathima di Pusat Perniagaan Mas Jaya, Jalan Salleh, pagi ini, apabila mencemar duli bersantapan pagi bersama mereka.

Baginda tiba pada jam 6.45 pagi dengan menaiki kenderaan rasmi baginda dan diiringi Pegawai Daerah Muar, Ramlee A Rahman.

Sultan Ibrahim juga memesan makanan kegemaran baginda iaitu roti canai kari kambing dan ayam serta minuman halia o ais.

Sebagai seorang yang berjiwa rakyat, baginda turut meluangkan masa bersembang bersama rakyat dan berkenan untuk bergambar bersama pelanggan di restoran berkenaan.

Selepas meluangkan masa kira-kira 40 minit, baginda kemudian berangkat pulang ke Istana Tanjung dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda baginda. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY