SEGAMAT, 25 Sept – Hadir Ke Majlis Perkahwinan…… Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini, meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan adik perempuan usahawan syarikat tekstil terkemuka, Kumpulan Jakel Trading (Jakel).

Ketibaan Sultan Ibrahim yang ditemani anakanda baginda, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman, di Dewan Jubli Intan, patang semalami, disambut Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Sultan Johor meluangkan masa hampir sejam dan beredar selepas menepung tawar pasangan mempelai, Rehana Mohamed Jakel dan Muhammad Fauzan Ghani Erfan Ghani, yang memakai persalinan krim.
.
Kira-kira 5,000 tetamu hadir memeriahkan majlis perkahwinan pasangan itu.

Tetamu turut dihiburkan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza serta Datuk M Nasir.

Mohamed Faroz berkata, beliau berasa bertuah dan menghargai keberangkatan Sultan Johor ke majlis perkahwinan adiknya yang sekali gus memeriahkan lagi majlis berkenaan.

Katanya, majlis itu diadakan di Segamat kerana ia menjadi lokasi bapanya, Allahyarham Mohamed Jakel Ahmad, membuka perniagaan sehingga syarikat itu berkembang ke seluruh negara.

Beliau turut menghargai kehadiran penduduk sekitar dan juga pelanggan Jakel yang banyak membantu beliau mengembangkan perniagaan mereka sekeluarga sehingga muncul menjadi syarikat tekstil terkemuka. – WD MY

LEAVE A REPLY