JOHOR BAHRU, 10 Jun – Sultan Johor Beli Juadah…… “Saya memang suka berkunjung ke Bazar Ramadan. Semua nampak sedap dan saya beli semua dan saya hantar ke guard room (petugas Istana),” titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui selepas berkenan berangkat ke Bazar Ramadan Bandar Baru Uda, petang semalam untuk membeli juadah berbuka puasa.

Baginda yang tiba bersama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar kira-kira jam 5.50 petang meluangkan masa kira-kira 30 minit mencari juadah berbuka dan beramah mesra dengan rakyat jelata.

Antara juadah yang dibeli Sultan Ibrahim termasuk sup gearbox, murtabak, kebab, air tembikai, satay kambing dan ayam percik.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar bersama Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar. – WD MY

LEAVE A REPLY