JOHOR BAHRU, 11 Dis – MENGHADAP…. Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Istana Pasir Pelangi, hari ini.

Menurut catatan yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kenderaan yang membawa Ahmad Zahid memasuki perkarangan istana pada 12 tengah hari.


Berangkat sama dalam pertemuan itu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Pengarah Penyelaras Operasi dan Penasihat Kepolisan Datuk Zamri Yahya.


Pelbagai isu disentuh dan dibincangkan dalam pertemuan selama sejam itu, menurut catatan terbabit. – WD MY