JOHOR BAHRU, 12 Feb – MENGHADAP….. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Istana Pasir Pelangi, petang semalam.

Kenderaan yang membawa Ahmad Zahid itu memasuki pekarangan Istana pada jam 5 petang.

Sultan Ibrahim menerusi Facebook rasminya bertitah, pelbagai perkara dibincangkan bersama Ahmad Zahid dalam pertemuan selama sejam itu.

Ahmad Zahid kemudian mengiringi baginda ke majlis santapan ringan sebelum pulang pada jam 6 petang semalam.

Terdahulu Ahmad Zahid yang dalam lawatan kerja dua hari ke Johor melancarkan projek pembinaan semula jalan Persekutuan Yong Peng – Segamat, Taman Tenang Jaya, di Tenang Stesen, Segamat.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri hadir merasmikan Program Konsep GetOut The Voters

(GOTV) 2314 Siri 2, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada). – WD MY