KUALA LUMPUR, 22 Sept – RTS…… Perincian mengenai pelaksanaan projek Rapid Transit System (RTS) Link, sudah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, ketika diterima menghadap baginda di Mersing, kelmarin.

Abdul Rahman berkata, dalam pertemuan itu, beliau turut menerima pandangan Sultan Ibrahim berhubung projek terbabit dan akan memperincikan kembali gerak kerja bagi menjayakan pelaksanaannya.

“Kerajaan juga komited menandatangani perjanjian dengan Singapura pada penghujung tahun ini. Rakyat Malaysia dan Singapura bakal melihat kesalinghubungan dan kebolehcapaian yang lebih baik apabila siapnya projek RTS pada 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. – WD MY