JOHOR BAHR, 3 Sept – Selamat Jalani Pembedahan…… Sultan Ibrahim Iskandar selamat menjalani rawatan angioplasty di Pusat Perubatan Gleneagles di Singapura, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Sultan Johor itu dirujuk bagi rawatan di Singapura, pagi semalam selepas mengadu sakit dada ketika beriadah.

Katanya, keadaan Sultan Ibrahim ketika ini adalah stabil dan baik.

“Baginda dibenarkan kembali ke Johor pagi tadi dan sedang berehat di Istana Pasir Pelangi. Baginda dinasihatkan oleh kumpulan pakar perubatan untuk mendapatkan rehat secukupnya, termasuk mengelak dari melakukan perjalanan jauh,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan perubatan baginda atas perhatian baik mereka terhadap Sultan Ibrahim.

“Kerajaan negeri mengajak seluruh rakyat Johor dan Malaysia untuk terus mendoakan agar kesihatan tuanku agar segera pulih,” katanya. – WD MY

LEAVE A REPLY