JOHOR BAHRU, 7 OKT – TERIMA……Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Duta Besar Vatican ke Malaysia, Archbishop Joseph Salvador Marino di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Pada pertemuan itu, Archbishop Marino mempersembahkan surat penghargaan daripada Pope Francis kepada sultan Johor, menurut kenyataan di Facebook baginda.

Menurut Mexico, Sultan Ibrahim pada 22 September tahun lalu dilapor mengubah hukuman ke atas tiga beradik warga Mexico yang dijatuhi hukuman gantung kerana jenayah mengedar dadah.

Sultan Ibrahim mengubah hukuman mati ke atas banduan terbabit kepada hukuman penjara seumur hidup selepas bertahun-tahun dilobi oleh diplomat Mexico.

Simon, Luis Alfonso dan Jose Regino Gonzalez Villarreal ditangkap dalam serbuan di sebuah makmal methamphetamine di Johor pada Mac 2008.

Mereka mengaku tidak bersalah dan memberi alasan diupah untuk membersihkan bangunan berkenaan tanpa menyedari apa yang sedang berlaku di dalamnya.

Mahkamah Malaysia menjatuhkan hukuman mati kepada mereka pada Mei 2012. – WD MY