IPOH, 4 Julai – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan
Masjid Al-Ansar di Halaman Meru Impian di sini.

Baginda yang lengkap berbaju Melayu berwarna ungu cair menyempurnakan
simbolik perasmian masjid itu itu dengan menyiram pokok.

Sultan Nazrin yang diiringi Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan
Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah seterusnya
berkenan berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 rakyat jelata.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Mufti
Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria serta barisan exco negeri.

Baginda kemudian menunaikan solat Maghrib bersama tetamu kehormat, jemputan
dan masyarakat setempat di masjid itu.

Pada majlis itu Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari
Raya Aidilfitri daripada Majlis Agama Islam Perak sebanyak RM526,200 kepada
penghulu yang mewakili 2,631 penduduk setempat dari lapan mukim.

Lapan mukim itu ialah Lahat yang menerima sebanyak RM84,000, Sungai Raia
(RM64,200), Ulu Kinta Tanjung Rambutan (RM79,400), Ulu Kinta Chemor (RM76,800),
Ulu Kinta Ipoh (RM140,600) Sungai Terap (RM35,800), Tanjung Tualang (RM34,400)
dan Tronoh (RM11,000).-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY