KUALA LUMPUR, NOVEMBER 30: MELAWAT…Pemangku Yang di Pertuan Agong, menzahirkan rasa sedih atas kejadian yang menimpa anggota Bomba dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selasa lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid, berkata baginda turut mendoakan kesihatan Muhamad Adib Mohd Kasim sembuh.

“Hari ini kita menerima kunjungan Pemangku Yang di di pertuan Agong, baginda meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk melawat anggota Bomba.

“Baginda turut diberi taklimat mengenai keadaan kesihatan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr Azhari Yakub dan doktor pakar yang lain,” katanya pada sidang media di IJN, di sini hari ini.

Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan menziarahi Muhammad Adib di IJN, di Kuala Lumpur, hari ini. Baginda yang berangkat tiba kira-kira jam 9.10 pagi itu diiringi Mohammad Hamdan ke bilik pesakit di tingkat 1 Unit Rawatan Rapi (ICU).

Turut mengiringi baginda Ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohamed Farid Md Rafik. baginda turut diberikan taklimat oleh Doktor Pakar Kardiotorasik, Datuk Dr Mohamed Izani Md Taib.-MY WD