KUANTAN, 20 Julai – Dibuka Secara Rasmi….. Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan merasmikan Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUMMC) di Indera Mahkota, dekat sini, hari ini.

Baginda yang juga Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut berkenan melawat Jabatan Radiologi untuk melihat teknologi dan peralatan canggih di jabatan berkenaan.

Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom. Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching.

IIUMC mula dibina pada Julai 2012 di tapak seluas 11 hektar dan siap sepenuhnya Mei lalu. Bangunan hospital itu dibina dengan kos RM416 juta manakala peralatan perubatan RM177 juta.

Hospital berkenaan mempunyai 350 katil, 15 klinik pakar, 20 bilik pembedahan, Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Koronari (CCU), Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) dan bilik bersalin.

IIUMC juga adalah pusat perubatan patuh syariah, dengan semua kaedah disarankan dalam Islam merawat pesakit akan diterapkan termasuk latihan solat dan susunan katil menghadap kiblat.

Dari segi peralatan perubatan, IIUMC menggunakan mesin serta teknologi terkini antaranya MRI Tesla dan mesin CT Scan yang ditempatkan di Jabatan Radiologi. – WD MY

LEAVE A REPLY