JOHOR BAHRU, 26 FEB – DARJAH KEBESARAN….Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Johor kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Dalam entri di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, anugerah Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.1) itu diserahkan dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Perak, Kuala Lumpur, hari ini.

Turut berangkat, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut, sebelum diikuti majlis penganugerahan D.K.1 oleh Sultan Ibrahim.

Selesai majlis penganugerahan, baginda berdua berangkat ke majlis santapan sebelum diikuti sesi bergambar. – WD MY