KUALA LUMPUR, 12 Jun – Ziarah…… Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di kediaman bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tan Sri Abdullah Ahmad pada jam 5.15 petang.

Ketibaan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang berkenan mencemar duli menziarahi jenazah Abdullah.

Turut mencemar duli, Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang tiba pada jam 4.40 petang bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Jalan U-Thant di sini
kira-kira 3.45 petang.

Allahyarham pernah memegang jawatan timbalan menteri, duta khas Malaysia di
Pertubuhan Bangsa Bersatu, wakil rakyat dan bekas ketua pengarang kumpulan New
Straits Times Press. – WD MY

LEAVE A REPLY