KUALA LUMPUR, 31 Okt – Integriti Pada Pemimpin……. Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah kelangsungan dan kejayaan sesebuah negara bergantung terhadap sejauh mana pemimpinnya berintegriti, jujur dan memiliki nilai moral yang tinggi.

Titah baginda, isu berkenaan amat dekat dan sentiasa dinilai masyarakat, termasuk menerusi sikap rakyat Amerika Syarikat (AS) kini yang mengutamakan nilai integriti pada pemimpin menjelang pilihan raya presiden negara itu.

“Kita akan terus berada dalam keadaan yang baik selagi ada insan berintegriti dalam kalangan kita, berbanding mereka yang tidak memiliki insan seperti itu,” titah baginda ketika melancarkan buku ‘Being Abdullah Ahmad Badawi – The Authorised Biography’, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah serta penulis buku berkenaan, Datuk Wong Sulong.

Buku itu antara lain memuatkan latar belakang dan sejarah perjalanan hidup Abdullah, terutama liku perjuangannya dalam politik dan pentadbiran negara. – WD MY