KOTA BHARU, 3 Mei – Ziarah Mb Kelantan……… Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mencemar duli menziarah Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, yang masih bercuti selepas menjalani pembedahan kecil di kepala akibat darah beku.

Baginda tiba di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 pada jam 2.30 petang tadi dan meluangkan masa kira-kira 45 minit, sebelum meninggalkan kediaman berkenaan.

Baginda yang diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, disambut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan waki EXCO kerajaan negeri.

Ahmad menjalani pembedahan kecil di kepala kiri pada 14 April lalu untuk membuang darah beku, dipercayai kesan daripada terhantuk. Ahmad dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selepas sembilan hari dirawat. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY