SELANGOR, NOVEMBER 19: TANGGAL….Sultan Selangor menitahkan agar semua papan tanda jalan yang mengandungi tulisan Cina di Shah Alam, Selangor ditanggalkan dan diganti dengan papan tanda jalan bahasa Melayu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Mohamad Munir Bani yang merupakan setiausaha sulit Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui surat kepada kerajaan Selangor bertarikh hari ini.

“Operasi penukaran papan tanda jalan ini hendaklah dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum tarikh sambutan ulang tahun hari keputeraan ke-73 Sultan Selangor iaitu pada 11 Disember 2018,” jelas surat berkenaan.-MY WD