ALOR SETAR, 21 Jan – SENARAI….. Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff mendahului senarai tiga kerabat yang menerima penganugerahan darjah kebesaran serta gelaran sempena Hari Keputeraan ke-76 Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, hari ini.

Baginda dianugerahkan Darjah Kerabat Kedah (DK) pada istiadat yang berlangsung di Istana Anak Bukit, pagi ini.

Menerusi istiadat sama, Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, akan menerima Darjah Seri Paduka Muda Kedah (SPMK).

Sementara itu, Datuk Seri Utama Hajah Haminah Hamidun, akan dianugerahkan gelaran Che Puan Besar Kedah.

Sultan Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29 pada 12 September lalu, menggantikan almarhum kekanda baginda Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang mangkat.

Baginda Sultan Kedah sebelum ini turut berkenaan menerima Darjah Kebesaran (DK) dari beberapa negeri lain iaitu DK Kelantan pada 30 September lalu, diikuti DK Johor pada 30 Oktober lalu dan DK Perak pada 5 Disember lalu. – WD MY