KUALA LUMPUR, 30 Dis – Besar……. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Allahyarham Tan Sri SM Salim sepanjang hayatnya telah
memberi sumbangan besar kepada negara khususnya dalam bidang seni dan penyiaran.
Allahyarham dalam kariernya banyak memberi mesej berunsur nasihat kepada seluruh lapisan masyarakat.

“Saya kenal dia semenjak bertugas (sebagai juruhebah) di RTM, ketika itu saya masih mahasiswa di Universiti Malaya, dan saya buat ‘part time’ di RTM.

“Saya bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta keluarga reda dan rakyat Malaysia supaya mendoakan agar beliau ditempatkan dalam kalangan para pejuang yang mendapat rahmat Allah Taala,” katanya kepada media selepas menziarahi jenazah Allahyarham di sini.
SM Salim, 88, meninggal dunia 5.45 petang hari ini di kediamannya di Ukay Perdana, di sini kerana sakit tua, selepas disahkan kritikal sejak awal pagi semalam.
SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros,memulakan kariernya sebagai penyanyi pada tahun 1950-an dan merupakan pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik. – WD MY