KUALA LUMPUR, 29 Mei – NAFI…….Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd, Datuk Seri Stanley Thai Kim Sim menafikan laporan beliau memindahkan ibu pejabat ke Hong Kong.

Sebaliknya Supermax, katanya, akan terus melabur (RM100 juta ke dalam pembuatan kanta sentuh teknologi tinggi) dan mengekalkan ibu pejabat pembuatan global perniagaan kanta sentuh dan sarung tangannya di Malaysia.

Supermax juga menggariskan pelan hala tuju 10 hingga 15 tahunnya untuk meningkatkan kapasiti pembuatan sarung tangan daripada 24 bilion helai kepada 45 bilion helai dan Perbelanjaan Modal daripada RM1 bilion hingga RM1.2 bilion.

“Supermax juga menyasar meningkatkan kapasiti kanta sentuh daripada 70 juta keping kepada dua bilion keping dan Perbelanjaan Modal daripada RM800 juta kepada RM1.25 bilion,” katanya pada sidang akhbar di sini, pada lewat petang Sabtu.

Stanley Thai juga menyatakan Program Transformasi (ETP) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan Malaysia di landasan yang betul bagi pertumbuhan kukuh ekonomi.

Sebagai ahli komuniti perniagaan, beliau menyambut baik usaha kerajaan dalam meneruskan dasar-dasar yang menggalakkan firma tempatan dan asing mengembangkan perniagaan mereka terutamanya Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY