KUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor tiba di tapak parkir PPR Kg Muhibbah, Jalan Puchong kira kira jam 11 pagi tadi sempena Majlis Perasmian Surau dan Pusat Penjaja PPR.

Program kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Agama Islam Wilayah (MAIWP) itu bertujuan untuk menyediakan kemudahan serta keselesaan komuniti PPR Kg Muhibbah.

Projek tersebut membelanjakan peruntukan sekurang kurangnya tiga juta ringgit melibatkan pembangunan surau dan 24 unit gerai penjaja PPR Kg Muhibbah.

Majlis tersebut dirasmikan Tengku Adnan kira kira jam 11.30 dan diiringi penyampaian wang saguhati 10 ribu ringgit kepada Surau Asy-Syakirin serta penyerahan lesen perniagaan kepada para peniaga penduduk tersebut.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Hj Mhd Amin Nordin b Abd Aziz, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Tuan Hj Paimuzi, Ketua UMNO Seputeh Datuk Mustafa Kamal. – Sharini Abdulah/CF (WD MY)

LEAVE A REPLY