KUALA LUMPUR, 15 Mei  – Batalkan…….  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) tiga individu, iaitu Norhashmilaidi Hashim, Ngan Piang Heng @ Ngam Siong Fook dan Abd Malik Abu Bakar.

Semua CMSRL itu dibatal di bawah Seksyen 72 dibaca bersama Seksyen 65 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), berkuat kuasa 27 Mac untuk Norhashmilaidi serta Ngan dan 18 April untuk Malik.

“Norhashmilaidi, Ngan dan Abd Malik  sebelum ini masing-masing bertugas dengan Affin Hwang Investment Bank Bhd, AmInvestment Bank Bhd dan Malacca Securities Sdn Bhd.

“CMSRL ketiga-tiga mereka dibatalkan apabila mereka didapati muflis, ” katanya.

Suruhanjaya itu juga berkata, mereka tidak mengemukakan sebarang rayuan terdahap keputusan SC dalam tempoh ditetapkan di bawah CMSA. – WD MY