KUALA LUMPUR, 13 April- P2P yang Pertama Diperkenal… Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memperkenalkan rangka kerja kawal selia pembiayaan antara rakan setara (P2P) yang pertama di rantau ini.

Mengikut SC, rangka kerja itu adalah sebagai garis panduan kepada pengendali P2P, pelabur dan syarikat atau perniagaan yang ingin meraih dana.

Syarikat milik tunggal, perkongsian, perkongsian yang ditubuhkan dengan liabiliti terhad, syarikat sendirian berhad dan syarikat awam tidak tersenarai kini boleh mendapatkan pembiayaan berasaskan pasaran bagi projek atau perniagaan mereka melalui platform elektronik itu.

“Pihak yang berminat untuk mengendalikan platform P2P ini boleh menghantar permohonan kepada SC bermula 2 Mei ini dan kita jangka pada awal tahun depan mereka sudah boleh mula beroperasi.

“Antara syarat yang dikenakan ialah syarikat itu hendaklah diperbadankan di negara ini dan mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM5 juta,” kata suruhanjaya itu di sini, hari ini.

SC berkata, garis panduan itu juga menetapkan bahawa lembaga pengarah pengendali P2P mestilah terdiri daripada mereka yang layak dan wajar. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY