STOCKHOLM, 27 April – Bakal Serang Semula….. Sweden menerima maklumat perisikan mengenai kemungkinan serangan di ibu kota ini oleh militan IS, lapor media tempatan semalam dan perkhidmatan keselamatan berkata mereka sedang menyiasat maklumat itu.

Akhbar Aftonbladet dan Expressen serta penyiar umum Swedish Radio, memetik sumber tidak dinamakan, melaporkan maklumat itu berkaitan ancaman serangan, kemungkinan di ibu kota Sweden ini.

Expressen melaporkan, polis keselamatan Sweden (SAPO) menerima maklumat perisikan daripada Iraq bahawa tujuh atau lapan pejuang IS memasuki Sweden dengan tujuan menyerang sasaran awam.

Seorang jurucakap polis keselamatan berkata, beliau enggan mengulas sebarang maklumat khusus ancaman, namun berkata pihaknya bekerjasama dengan polis biasa serta rakan tempatan dan antarabangsa.

“Polis keselamatan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk menilai maklumat diterima dan berikutan itu kami tidak dapat mengelakkannya,” katanya.

Sweden tidak mengalami serangan militan skala besar, namun seorang lelaki ketika ini menunggu keputusan mahkamah kerana didakwa membuat bom bunuh diri dengan niat melancarkan serangan di negara itu.

Pada tahun 2010, seorang pengebom bunuh diri maut apabila bom dibawanya meletup lebih awal di tengah ibu kota ini. – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY