BEIJING, 13 Mei – Minat…. Syarikat gergasi Wanda Group dari China menyatakan secara rasmi minat untuk terbabit dalam pembangunan Bandar Malaysia.

Ini dinyatakan oleh Pengerusinya, Wang Jianglin, pada sidang media ringkas bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini.

Jianglin berkata, perincian bagi projek itu belum ditentukan tetapi ia dijangka membabitkan kos AS$10 bilon.

“Kami komited untuk menjadikan Bandar Malaysia satu pembangunan yang unik,” katanya.

Wanda Group, konglomerat yang dikuasai orang paling kaya di China, Wang Jianlin, adalah pemaju dan hartanah swasta terbesar di China dan dunia.

Ia juga adalah pemilik rangkaian pawagam terbesar dunia menerusi Wanda Cinemas dan Hoyts Group di samping AMC Theatres.

Wanda terbabit dalam empat industri utama hartanah komersial , hotel mewah, internet, kewangan, pelancongan dan pasar raya.

Berada pada tempat ke-385 senarai Fortune Global 500, ia mempunyai aset berjumlah 796.2 bilion yuan (RM502 bilion) setakat tahun lalu dengan pendapatan operasi 255 billion yuan (RM161 bilion). – WD MY