SYED SADDIQ CAKAP TAK SERUPA BIKIN

SYED SADDIQ CAKAP TAK SERUPA BIKIN

506
0

KUALA LUMPUR, JAN 15: U-TURN… Seperti dijanjikan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memandu sendiri bagi membantu kempen Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Perkara tersebut dimaklumkan kepada orang ramai melalui aplikasi story dalam laman Instagram miliknya hari ini.

“Dalam perjalanan ke Cameron (Highlands) sebagai Ketua Pemuda Harapan, bukan sebagai menteri. Ayuh!” tulisnya sambil memuat naik gambar sedang memandu kereta berjenama Honda.

Walau bagaimanapun, kira-kira tiga jam selepas itu, Syed Saddiq memuat naik satu video beliau sedang memberi ucapan dalam satu sesi town hall anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) di Brinchang, Cameron Highlands.

Dalam video itu, jelas terpampang nama beliau dengan jawatan Menteri Belia dan Sukan pada gegantung program.

Nampaknya Syed Saddiq perlu berhati-hati apabila memuat naik sesuatu dalam akaun media sosial beliau.

U-turn ini seperti  cakap tak serupa bikin ini bukan sahaja tajam malah sangat pantas, hanya dalam tempoh tiga jam.-MY WD