KAJANG, 16 Feb – CETUSKAN… Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mencetuskan provokasi terhadap sekumpulan individu yang dipercayai penyokong BN pagi tadi.

“Ada empat orang, YB, pegawai keselamatannya, setiausaha politik dan saya sedang berjalan ke arah kereta dari pusat penamaan.

“Mujurlah anggota polis yang ada di sekitar berjaya mengawal keadaan.

provokasi itu didakwa berlaku sebaik beliau keluar dari pusat penamaan calon PRK DUN Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sini.

Satu laporan polis berkaitan kejadian serangan itu dijangka dibuat Syed Saddiq di Balai Polis Sungai Way pada jam 2 petang ini.

Video insiden provokasi berdurasi 22 saat itu, juga tular di media sosial yang menunjukkan Syed Saddiq yang dikawal ketat polis dibawa keluar dari kawasan berkenaan.

Beliau berkata, ketika diserbu, pihak polis yang berdekatan datang bantu, termasuk daripada Unit Amal PAS yang berada berdekatan dengannya. – WD MY