KUALA LUMPUR, NOVEMBER 1: MELAYU… Mentaliti orang Melayu perlu diubah supaya lebih dihormati, sekali gus menjamin kelangsungan masa depan anak bangsa.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata masyarakat Melayu harus mengakui wujudnya permasalahan yang perlu diberi perhatian.

Katanya, kebanyakan banduan dan penagih dadah adalah orang Melayu manakala hanya empat peratus kaum terbabit menjadi pemegang saham.

“Itu pun kita masih cakap yang Melayu ini gah. Cukuplah dengan segala retorik kerana kita perlu maju supaya boleh diiktiraf sebagai bangsa berdikari dan berdaulat.

“Kita kena pastikan pemimpin Melayu datang daripada golongan yang amanah dan berintegriti supaya kita dihormati tanpa paksaan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Beliau diminta mengulas keataannya berhubung zaman kini bukan berkisarkan ketuanan Melayu, sebaliknya memasuki fasa baharu dengan mengutamakan aspek pembahagian kekayaan secara saksama.

Syed Saddiq mengakui, isu terbabit mudah untuk disalah tafsir.-MY WD