KUALA LUMPUR, 28 Mei – Syukur Bersama……. Datuk Seri Najib Razak berkata, sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai adalah masa untuk rakyat mensyukuri pencapaian selama ini.

Perdana Menteri berkata, sambutan itu memberi kesempatan kepada rakyat menghargai kepelbagaian budaya masyarakat majmuk di negara ini.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh rakyat Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam entri terbaru menerusi akaun Facebook rasmi Perdana Menteri, hari ini – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY