KUALA LUMPUR, 2 Julai – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Negara ASEAN bersetuju menubuhkan tabung amanah untuk pembiayaan perlindungan mangsa pemerdagangan manusia.

Menurut Menteri Dalam Negeri yang mempengerusikan mesyuarat pada hari ini, perkara itu dipersetujui semua 12 wakil pemimpin negara ASEAN yang hadir dalam Mesyuarat Tergempar Menteri ASEAN di sini.

Malaysia mencadangkan setiap negara menyumbang sebanyak AS$100,000 (RM377,000) sebagai dana untuk tabung terbabit kata Ahmad Zahid di sidang media selepas mesyuarat tersebut.

“Singapura bersetuju memberi AS$200,000 (RM754,000) (untuk tabung amanah),” kata beliau.

“Bagi pihak Malaysia, saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum memutuskan jumlah yang akan disumbangkan untuk dana tabung amanah itu,” kata Ahmad Zahid. – Suraya Ahmad, Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY