KUALA LUMPUR 26 Nov – Lancar Tabung……… Penderitaan dan kesengsaraan etnik minoriti Islam Rohingya yang kini berhadapan dengan penghapusan kaum di wilayah Rakhine, Myanmar terus meraih simpati.

Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad dan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan Tabung Rohingya Utusan-TH di ibu pejabat TH.

Tabung yang akan dikendalikan oleh Kumpulan Utusan itu akan dibuka selama empat bulan bermula 1 Disember 2016 hingga 1 April 2017.

Sejumlah RM283,000 berjaya dikumpul pada majlis pelancaran yang disempurkankan oleh Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Pengarah Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah.

Kutipan tersebut hasil sumbangan Jakel Trading Sdn. Bhd, TH, Kelab Putra 1Malaysia (KP1M), TH Travel & Services Sdn. Bhd, TH Properties Sdn. Bhd,. Surau TH, Ibu Pejabat, Koperasi TH Sdn. Bhd. dan Masjid TH Kelana Jaya.

Abdul Aziz berkata, sumbangan bantuan akan diserahkan terus kepada mangsa-mangsa Rohingya di Rakhine, Myanmar melalui KP1M yang kini sedang berurusan dengan Kedutaan Malaysia di Myanmar dan Wisma Putra bagi menghantar misi kemanusiaan ke negara itu.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada Tetuan Yayasan Kumpulan Utusan melalui akaun Bank. – WD MY