KUALA LUMPUR, 19 Jan – Lantik….. Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) tidak pernah melantik mana-mana pihak, syarikat atau individu perseorangan menjadi perantara atau pihak ketiga dalam menguruskan hal berkaitan rayuan haji.

Ia termasuk rayuan mempercepatkan tempoh penggiliran menunaikan haji.

TH dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat perakuan penerimaan rayuan haji pada tahun semasa kepada pemohon dan rayuan dimasukkan ke dalam sistem TH untuk tujuan penilaian.

“TH mempunyai 123 cawangan termasuk di UTC seluruh negara.

“Sehubungan itu, orang ramai boleh menghantar surat rayuan haji terus ke kaunter cawangan berkenaan atau melalui pos,” katanya.

TH menasihati orang ramai supaya berwaspada dan tidak terpengaruh dengan mana-mana syarikat atau individu yang menawarkan perkhidmatan terbabit membabitkan bayaran tertentu. – WD MY