PARIS, 3 Mei – Tahan….. Pihak polis antikeganasan Perancis menahan empat lelaki dan seorang wanita serta merampas senjata dalam serbuan beberapa hari menjelang pusingan kedua pilihan raya presiden negara itu.

Beberapa tangkapan dibuat di utara Perancis, dengan dua pistol dan dua mesingan ditemui.

Senjata disimpan secara sah itu itu milik seorang lelaki yang ada hubungan rapat dengan seorang daripada suspek.

Tindakan suspek menggunakan media sosial dan beberapa mesej menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa berhubung kemungkinan mereka akan melakukan tindakan ganas.

Penangkapan dibuat hampir dua minggu selepas Karim Cheurfi, 39, menembak mati seorang anggota polis di Champs Elysees di Paris sebelum dibunuh polis.

Rakyat Perancis akan mengundi Ahad ini untuk memilih presiden baru, dengan pusat undian dikawal ketat selepas lebih 230 maut dalam siri serangan militan di negara itu sejak Januari 2015. – WD MY