IPOH 10,JULAI 10:TAHFIZ….TAHFIZ… terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias mengesahkan akan menjual Unit Tahfiz Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi dekat sini kerana menghadapi masalah kewangan.

Mohd. Kazim yang juga pengetua dan pengasas pusat itu berkata, pihaknya terpaksa membuat keputusan tersebut setelah tidak mampu lagi menampung kos pentadbiran Unit Tahfiz berkenaan.

Katanya, perbelanjaan sehingga RM150,000 sebulan diperlukan bagi menampung kos keseluruhan unit itu yang menempatkan 100 pelajar.

“Selain Unit Tahfiz, kita turut mempunyai Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok (dewasa). Bagaimanapun, saya hanya menjual Unit Tahfiz ini sahaja seperti yang diiklankan.

“Saya terpaksa membuat keputusan ini setelah memikirkan nasib guru dan pelajar. Penjualan ini dilihat dapat menampung kos pentadbiran dua unit lain,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini tular mengenai penjualan Unit Tahfiz berkenaan di laman sosial dan turut diiklankan menerusi laman mudah.my.-MY WD