KUALA LUMPUR, 14 Sept – PIAWAIAN….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata insiden semua pusat tahfiz di seluruh negara harus mematuhi piawaian keselamatan bangunan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Ahmad Zahid berkata perkara itu jelas dalam peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Sejak 2011, ada 31 kejadian seperti ini berlaku, piawaian keselamatan harus dipatuhi semua pihak demi keselamatan pelajar dan tenaga pengajar tahfiz.

“Tiada niat kerajaan pusat mahu campur tangan urusan kerajaan negeri…kita cuma mahu piawaian keselamatan dipatuhi,” katanya kepada media selepas melawat lokasi kejadian petang ini.

Menurutnya keselamatan pelajar dan tenaga pengajar harus menjadi keutamaan.

Ahmad Zahid juga mencadangkan Jawatankuasa Khas berkaitan insiden kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah perlu ditubuhkan segera. – WD MY