KUALA LUMPUR, 1 Mei – Ceo Prasarana Rangkul Anugerah PM Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PRASARANA, Datuk Azmi Abdul Aziz muncul pemenang Anugerah Perdana Menteri – Tokoh Mahir 2016, pada sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016 hari ini.

Kemenangan itu membolehkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta piala dan sijil.

Hadiah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu, Anugerah Majikan Berdaya Saing Glokal 2016 dimenangi syarikat On Semiconductor; Anugerah Majikan 1Malaysia (Perusahaan Kecil Sederhana), syarikat Alpro Pharmacy Sdn Bhd dan Anugerah Majikan 1Malaysia (Syarikat Besar/GLC), Malayan Banking Berhad dengan masing-masing menerima RM10,000, piala dan sijil.

Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang (Sektor Awam) pula dimenangi Kesatuan Pegawai Am Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Anugerah Kesatuan Sekerja Harmoni (Sektor Swasta), Kesatuan Sekerja Kakitangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (KSKBR), masing-masing menerima RM6,000, piala dan sijil.

Anugerah Tokoh Pekerja Negara (Kumpulan Eksekutif) dimenangi oleh Ir Dr Ishan Ismail dari syarikat I & P Group Sdn Bhd; Anugerah Tokoh Pekerja Negara ( Bukan Eksekutif), Mohd Fauzi Ismail dari GiatMARA Gerik Perak dan Anugerah Tokoh Pekerja Negara ( Kumpulan Orang Kurang Upaya), Yau Tiam Ann daripada syarikat Infineon Technologies (Malaysia) Sdn Bhd, Batu Berendam Melaka dan masing-masing menerima RM5,000, piala serta sijil. – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY