KUALA LUMPUR, MAC 7 – TAHNIAH… Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 semalam.

“Kepada para pelajar yang terima keputusan cemerlang STPM, tahniah dan syabas saya ucapkan!,” kata Najib melalui akaun Twitternya merujuk kepada keputusan peperiksaan itu yang dikeluarkan semalam.

Menurut Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia Mohd Fauzi Mohd Kassim, calon sekolah boleh menyemak keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

Keputusan tersebut turut boleh disemak melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia “http://www.mpm.edu.my/.

Pada tahun ini, seramai 43,042 calon menduduki telah menduduki peperiksaan STPM 2017 yang melibatkan 700 pusat di seluruh negara.-MY WD