KUALA LUMPUR, JAN 28: PERTANDINGAN Ratu Cantik Miss Intercontinental yang berlangsung di Manila, Filipina pada Sabtu menyaksikan wakil Malaysia, Scarlett Megan Liew Zi Ling berjaya melepasi peringkat kelompok 20 terbaik (Top 20).

Biarpun terkandas pada pusingan tersebut, namun ia menunjukkan satu peningkatan dalam rekod pencapaian ratu cantik Malaysia di peringkat antarabangsa.

Scarlett yang merupakan gadis kelahiran Sabah ini berjaya menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang berada dalam pertandingan.

Bukan sekadar mempertaruhkan kecantikan wajah, malah gadis tinggi lampai ini juga bijak selain punya kemahiran bertutur dalam beberapa bahasa seperti Bahasa Inggeris, Mandarin, Tagalog dan Bisaya.

Wajahnya sebelum ini turut diletakkan dalam beberapa senarai pilihan untuk menang oleh peminat pertandingan ratu cantik di seluruh dunia.

Pertandingan ini menyaksikan ratu cantik Filipina, Karen Juanita Gallman dipilih sebagai pemenang.-MY WD