WASHINGTON, 31 Mac – Pelaksanaan program pengecualian Visa Amerika Syarikat bagi rakyat Malaysia dijangka mengambil masa, berikutan insiden keganasan yang berlaku di beberapa negara ketika ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pihak Amerika Syarikat kini telah menambah beberapa syarat statutori, termasuk menentukan tahun fiskal terhadap penolakan 3 peratus permohonan visa rakyat malaysia.

“Tahun berakhir fiskal itu adalah pada bulan September, jadi pengiraan kadar kurang daripada 3 peratus ini akan dikira pada bulan September tahun ini untuk mengizinkan Malaysia berkelayakan penyertaan di dalam pengecualian visa ini pada tahun 2018”.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan kepadanya dalam pertemuan dengan Timbalan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika syarikat, Alejandro Mayorkas.

Kadar penolakan visa bawah 3 peratus itu juga katanya perlu kekal secara berterusan selama setahun bagi melayakkan Malaysia untuk mengikuti program itu.

Ahmad Zahid ditemui media Malaysia di Washington D.C, Amerika Syarikat. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY