Lapan Surat Tunjuk Sebab Dikeluarkan Terhadap Syarikat Akhbar – TPM

Lapan Surat Tunjuk Sebab Dikeluarkan Terhadap Syarikat Akhbar – TPM

134
0

KUALA LUMPUR 14 Feb – Surat…. Lapan surat tunjuk sebab di bawah Akta Mesih Cetak dan Penerbitan 1984 diberikan kepada syarikat akhbar tahun lalu. Daripada jumlah itu tujuh diberikan kepada akhbar berbahasa Tamil dan satu kepada akhbar berbahasa Inggeris kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, tahun lalu juga menyaksikan 77 surat nasihat dikeluarkan kepada syarikat penerbitan di negara ini.

“Daripada jumlah ini sebanyak 29 surat dihantar kepada akhbar berbahasa Tamil, 21 kepada akhbar berbahasa Cina, 18 kepada akhbar berbahasa Inggeris dan 9 akbar berbahasa Melayu.

“Manakala sembilan surat teguran dikeluarkan iaitu lima kepada akhbar berbahasa Cina, tiga akhbar berbahasa Melayu dan satu Tamil,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis Minum Petang Amal Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) dan Tribute Untuk Allahyarham Ahmad Idris di ibu pejabat Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Ahmad Zahid juga berkata, sejak awal 2013 sehingga Disember 2015 sebanyak 50 kes telah dibawa ke mahkamah di seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 233 yang melibatkan hasutan dan komen yang memudaratkan.

Tambah beliau sejak 2010 hingga Mac tahun lalu seramai 22 pemilik rangkaian sosial, laman web dan blog telah dituduh di mahkamah kerana menyalahgunakan medium tersebut untuk pelbagai tujuan.

Statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menunjukkan setakat tahun lalu sejumlah 20.62 juta rakyat Malaysia memiliki akaun media sosial.

“Jangan tuduh kerajaan tidak melakukan sesuatu bagi menyekat penyebaran fitnah di negara ini. Dan bila kita mengambil tindakan jangan kata kita menyekat kebebasan media,” kata Ahmad Zahid.

-WD MY