KUALA LUMPUR, 11 Mei – PEMBAHARUAN …… Parti UMNO perlu diberikan suntikan baharu bagi menstrukturkan semula parti itu demi kelansungan dalam politik, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

“UMNO masih mempunyai ahli yang ramai iaitu 3.7 juta orang.

“Saya percaya kita perlu buat penstrukturan semula untuk memberi suntikan baru kepada ahli kita.

“Kalau tidak semua akan menjadi tidak ada semangat,” katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Ulangtahun UMNO ke-72, malam tadi.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata demikian bagi menyokong kenyataan Ketua Pemuda parti, Khairy Jamaluddin yang mengesa ahli UMNO bangkit membina semula parti dari keruntuhan selepas kekalahan dalam PRU14.

Terdahulu program sambutan diadakan secara sederhana dengan solat Maghrib berjemaah, disusuli dengan bacaan yasin dan tahlil serta solat Isya’k

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta ahli parti. – WD MY