KUALA LUMPUR, OGOS 11: TAKHTA POLITIK…Bertambah lagi anggota keluarga didalam kerajaan Malaysia yang kini dikuasai oleh anggota keluarga yang terdiri dari Bapak, Isteri, Suami, anak perempuan dan anak lelaki serta ipar duai atau sepupu.

Ini lah kebaikkannya sistem demokrasi, kekuasaan rakyat adalah secara mutlak, mereka boleh memilih dan melantik sesiapa yang mereka rasa sesuai, apatah lagi jika mereka memiliki keluarga yang menjadi pengasasnya.

Sebelum ini rakyat hanya mendengar keluar Anwar Ibrahim sahaja yang mewarnai politik bekeluarga, sebelum kemudiannya rakyat mengetahui bahawa Lim Kit Siang juga mempunyai ramai keluarganya terlibat dengan politik Malaysia.

Tun Mahathir walaupun telah berkecimpung lama dalam politik namun beliau hanya berjaya mengasuh seorang sahaja didalam dunia politik dan selain anaknya di didik dengan ilmu perniagaan.

Kebijakkan politik Mahathir hanya diwarisi oleh Datuk Seri Mukhriz yang memilih untuk mengikuti jejak langkah ayahnya, manakala Anwar Ibrahim telah menzahirkan Nurul Ezzah selain mengasuh dan melibatkan isteri beliau Datuk Seri Wan Azizah kekancah politik tanah air.

Begitu juga dengan mendiang Kapral Singh yang telah berjaya mendidik anak-anaknya dan setrusnya menguasi politik tanah air dimana salah seorang anak lelakinya Govinder Singh kini menjadi Menteri Penerangan, mana kala dua anaknya lagi menguasi kerusi parlimen.

Namun keluarga Lim Kit Siang dilihat yang paling menguasi politik tanah air terutama di Dewan Rakyat, selain sepupu sepapatnya, kini dunia politik negara menerima seorang lagi zuriat dari keluarga Lim yang akan terlibat dengan pembuat dasar negara.

Sebelum ini rakyat mengenali Lim Guan Eng anak lelaki keluarga Lim Kit Siang yang kini adalah Menteri Kewangan setelah kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih teraju negara.

Hari ini keluarga Lim telah berjaya melahirkan seorang lagi waris politik mereka ia ini Lim Hui Ying yang telah dilantik sebagai senator Dewan Negara.

Hui Ying, yang juga Setiausaha DAP Pulau Pinang, merupakan anak perempuan kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan adik kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Walaupun kelihatan akan boleh berlakunya nepotisme, namun seperti mana yang sering dilaungkan oleh mereka sebelum menjadi kerajaan bolehlah dikatakan sebagai akur janji untuk menolak sebarang nepotisme.

Contohnya, tawaran jawatan kosong kepada saudara-mara, walaupun masih ada lagi orang lain yang lebih layak, juga memberi tumpuan kepada keselesaan keluarga sebelum kepada rakyat.

Rakyat juga harus yakin tidak akan berlaku keutamaan kepada keluarga-keluarga mereka, kerana kesemua keluarga yang terlibat dalam pembuat dasar adalah dipilih oleh rakyat, jadi tidak timbul isu nepotisme.

Jika Donald Trump dikecam kerana membawa anak menantu ke dalam pentadbiran Rumah Putih, maka apa yang berlaku di Dewan Negara dan Dewan Rakyat adalah kerana rakyat sendiri yang memilih.-MY WD