KUALA LUMPUR, 14 Okt – TAKZIAH……Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
mengucapkan takziah atas kemangkatan Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej, hari
ini.

“Bagi pihak rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan takziah yang
ikhlas dan mendalam kepada Keluarga Diraja, Kerajaan, dan rakyat Thailand atas
kemangkatan baginda Raja Bhumibol Adulyadej.

“Raja Bhumibol menjadi lambang tertinggi perpaduan dan sumbangan baginda
kepada Thailand dan seluruh rantau ini, adalah melangkaui kata-kata. Kami
bersama-sama dengan rakyat Thailand berkabung atas kemangkatan baginda,” kata
Najib menerusi posting terbaharu dalam laman Facebook hari ini.

Raja Bhumibol, 89, mangkat di Hospital Siriraj pada pukul 3.52 petang
seperti diumumkan oleh Biro Diraja hari ini.

Baginda yang menduduki takhta selama 70 tahun sejak 1946, menerima rawatan
di hospital sejak 3 Okt, 2014. – WD MY