PUTRAJAYA, 2 Jun – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor hari ini merasmikan Taman Persahabatan China-Malaysia yang
menjadi satu lagi lambang keakraban hubungan diplomatik antara kedua-dua negara
sejak 41 tahun lepas.

“Semoga taman ini menjadi simbol persahabatan serta kerjasama kukuh dan
berpanjangan antara Malaysia dan China pada tahun-tahun akan datang,” katanya
pada majlis itu.

Timbalan Datuk Bandar Kerajaan Perbandaran Dongguan Yang Xiao Tang dan Duta
Besar China di Malaysia Dr Huang Hui Kang turut menghadirinya.

Taman seluas 0.24 hektar ini terletak di tapak Festival Bunga dan Taman
Diraja (Floria Diraja) tahunan di Precinct 4 di sini dan merupakan komponen
kekal pertama festival itu.

Taman berharga RM1.5 juta ini dibina berasaskan gaya dan reka bentuk Taman
Lingnan, yang memberi penekanan terhadap unsur pergunungan, air, batu, bangunan,
kaligrafi dan tumbuh-tumbuhan.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY