KUALA LUMPUR, 9 Mei – Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini mengadakan sidang media khas mengenai isu pembelian tanah dan pelaburan 1MDB di TRX

Menurut Azeez Rahim, Tan Sri Ismee Ismail tidak ada kena mengena di dalam hal pembelian tanah 1 MDB ini kerana Tan Sri Ismee juga merupakan ahli lembaga 1MDB.

April 2013 merupakan tarikh kertas kerja kepada TH Properties dibentangkan.

Mei 2014 TH Properties Board telah mengetengahkan kepada Ahli lembaga pengarah TH.

Pada 2015 baru lah di persetujui untuk pembelian tanah di TRX. Selepas penilaian oleh ahli penilaian dan Investment Panel hingga mendapatkan ahli lembaga pengarah semua kata persetujuan.

“Kita tidak bail out 1MDB dan saya menafikan blog benchmark dan khabar angin yang tersebar,” kata Azeez.

Tanah yang dibeli akan dijual kepada pihak yang telah menawarkan dengan keuntungan yang menguntungkan semula TH.

Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada pertimbangan RM188.5 juta sebelum ini. TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan plot tanah itu seluas 1.56 ekar.

Katanya, keputusan penjualan itu juga sudah diputuskan dan dipersetujui semua ahli Lembaga Pengarah TH. “Kita pegang tanah ini sebulan saja dan kita sudah setuju untuk jual semula dengan sedikit keuntungan yang akan kita peroleh,” kata beliau.

Beliau ditemui di sidang media di Menara TH, hari ini.

Menurut Azeez, TH juga akan dapat semula 100 peratus wang yang dibayar kepada 1MDB untuk pembelian tanah itu.

Mengulas lanjut beliau berkata, Azeez berkata, keputusan menjual semula tanah itu juga sudah mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah TH yang juga Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Abdul Syukur Hussein berkata, keputusan menjual semula itu dibuat bagi menghentikan fitnah daripada berterusan. “Kita dah (sudah) bersetuju mengenai ini, supaya fitnah ini tidak berterusan, maka kita jual semula tanah,” katanya.-Suraya Ahmad, Faizal Dato Badarudin, Rizalman Has

LEAVE A REPLY