KUALA LUMPUR, 2 Dis – Tolak Fitnah…….Politik fitnah dan politik persepsi di
media sosial oleh pembangkang perlu segera ditangani bagi memperbetulkan
tanggapan serong terhadap UMNO dan kerajaan.
Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2016 melahirkan kebimbangan jika
perkara itu berterusan, ia akan memberi kesan buruk kepada kerajaan.
Bagi Ketua Pemuda UMNO Labuan Datuk Mohd Rafi Ali Hassan, politik kotor
yang dimainkan pembangkang dikhuatiri akan mempengaruhi rakyat sekali gus
menenggelamkan usaha pembangunan dan kebajikan dilakukan kerajaan Barisan
Nasional (BN) terutamanya di Wilayah Persekutuan Labuan.
“Kerja pembangkang buat fitnah agar rakyat bersama mereka sehinggakan rakyat
sudah tidak pandai menilai yang mana satu kaca dan mana satu permata,” katanya
kepada media hari ini. – WD MY

rafi-2