KUALA LUMPUR, 29 Nov – TANGGUH…. Pihak Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang berhasrat mengunjungi Bali untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini letusan Gunung Agung, selain berdaftar dengan kedutaan melalui Twitter dan Facebook.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan sekiranya tiada keperluan, rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan perjalanan ke kawasan terjejas.

Rakyat Malaysia juga dinasihat membeli insurans perjalanan dan membawa peralatan keselamatan seperti topeng muka bagi melindungi diri dari abu gunung berapi.

“Status gunung itu naik dari Tahap III (SIAGA) ke Tahap IV (AWAS) dan ketinggian abu gunung berapi yang kini mencapai hampir 4 km (kilometer) dari kawah.

“Rakyat Malaysia dilarang oleh pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan sebarang aktiviti dalam radius 12 km daripada kawasan puncak Gunung Agung.

“Rakyat Malaysia yang berada di Bali dan terjejas penerbangan mereka disebabkan penutupan Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai diminta bertenang dan sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang terjejas boleh menghubungi pihak berkuasa Bali Tourism Board di talian +62 812 461 19889 atau +62 877 554 689166 atau operator syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat selanjutnya.

Ia termasuk mendapatkan maklumat mengenai pembukaan semula lapangan terbang Ngurah Rai.

Wisma Putra turut mengesyorkan beberapa langkah bagi rakyat Malaysia yang ingin meninggalkan Bali melalui jalan darat; – WD MY

– Perkhidmatan bas percuma disediakan dari Lapangan Terbang Ngurah Rai ke Terminal Bas Mengwi (1 jam perjalanan).

– Dari Terminal Bas Mengwi, beberapa perkhidmatan bas yang disediakan iaitu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya (12 jam perjalanan)

atau Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto di Yogyakarta (18 jam perjalanan) atau Lapangan Terbang Blimbingsari di Banyuwangi (6 jam perjalanan) atau Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta (25 jam perjalanan).

Sila hubungi syarikat penerbangan berkaitan untuk mendapatkan jadual dan tiket penerbangan keluar dari lapangan terbang berkenaan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan bas ini, sila hubungi Bali Tourism Board di talian seperti di atas atau Posko Pelayanan Gunung Agung di Lapangan Terbang Ngurah Rai di talian +62 361 9351011 sambungan 6300.

Sebagai langkah waspada, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia untuk sentiasa berkomunikasi dengan keluarga dan rakan terdekat sebagai jaminan mengenai situasi dan keselamatan mereka di Bali.

Menurut Wisma Putra, untuk bantuan konsular, mereka juga boleh hubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan Pejabat Konsul Kehormat Malaysia di Bali;

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta

Jl. H.R Rasuna Said

Kav. X/6, No. 1-3, Kuningan,

12950 Jakarta Selatan.

Tel. : +62 215224947 / +62 81380813036 (24 jam)

E-mel : mwjakarta@kln.gov.my

Website : http://www.kln.gov.my/web/idn_jakarta/home

Konsul Kehormat Malaysia di Bali

Puri Kumara Sakti, Jalan Bentuyung

Ubud,

Gianyar, 90571, Bali.

Tel. : +62 361973182/+62 81237154050

E-mel : balihcmalaysia@gmail.com

Twitter handle: https://twitter.com/MYEmbJKT

Facebook link: https://www.facebook.com/EmbassyMalaysiaJakarta/