SLIM RIVER, 15 Ogos – Jatuh….. Tangki minyak terjatuh daripada lori yang mengangkutnya menyebabkan Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, berdekatan Pejabat Pendaftaran Daerah Muallim pagi tadi.

Kejadian dipercayai berpunca apabila dinding lori itu roboh ketika lori berkenaan melalui selekoh menyebabkan tangki minyak itu jatuh di atas jalan.

Kenderaan yang melalui kawasan itu ketika itu sempat membelok bagi mengelak daripada dihempap tangki minyak yang kosong itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusuf mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pihak polis meletakkan kon untuk memastikan aliran trafik lancar. – WD MY