KANO, 15 APRIL – MELETUP…. Seramai 12 mangsa maut, manakala 16 lagi cedera parah, apabila sebuah lori tangki minyak meletup di Gombe, utara Nigeria, semalam.

Menurut polis, kejadian berlaku apabila pemandu lori terbabit hilang kawalan, ketika cuba mengelak daripada melanggar sebuah lagi trak, yang berada di atas jambatan di pinggir bandar itu.

“Lori tangki itu terbalik mengakibatkan muatannya tumpah dan meletup, lalu merebak kepada pengguna jalan raya lain.

“Seramai 12 maut di tempat kejadian, sementara 16 lagi mangsa yang cedera parah sudah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” kata jurucakap polis Gombe, Mary Mallum yang mendakwa pemandu lori yang turut terbunuh, memandu laju dan dalam keadaan bahaya. – WD MY